Dunia...dunia.....

Sabtu, 4 September 2010 at 5:40 PG
di suatu petang, tanggal 24 Ramadhan yang nyaman.....


ttett,ttett

sms1: "Mlm ni tengok berita ada ttg mak c maslan terbunuh"

aku: "nape ngan mak dia?"

ttett,ttett

sms2: "alfatihah Mlm or pg smlm Rmh mak c maslan dimasuki org, kena ikat.. Dijumpai tlh meninggal kejam org tu., skrang di hptl ipoh porensik. Akan kebumi mlm ini. Mlm ini tengok berita"

aku:(kelu, terdiam......) innalillahi wainnailahi rajiun...

....................

TAIPING: Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dan kedua-dua tangan serta kakinya terikat, di rumahnya di Kampung Padang Gajah, Pantai Remis, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd Diah, berkata mayat Esah Rejab, 64, ditemui di dalam bilik oleh jiran warga emas itu pada kira-kira 4.30 petang.
Beliau berkata, polis percaya wanita itu disamun sebelum dibunuh pada malam sebelumnya, dan jiran wanita itu mula mencarinya selepas dia tidak keluar rumah pada sebelah paginya.
Katanya, mayat Esah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Esah tinggal bersendirian di rumah itu selepas suaminya seorang bekas anggota tentera meninggal dunia tahun lalu dan anak-anaknya duduk diluar daerah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping dengan menelefon 05-8291222 bagi membantu sisatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

...................................

AL-FATIHAH

0 comments

::: CHENTA KU :::

Loading...