::: CHENTA KU :::

Loading...

Isnin, 2009 November 23

Badan sakit2 setelah pulang dari membina pasukan



Selasa, 2009 November 10

Sireh pulang ke gagang..

Meluangkan masa untuk pulang ke gagang ari Sabtu lepas (yang mana aku pulang hampir setiap minggu dengan kekerapan 3-4 kali seminggu). Bagi aku kehadiran aku sekadar nak memberi sokongan kepada alumni dan pihak yang telah menganjurkan program tu. Juga ingin mengimbau kenangan pabila ketemu dengan wajah2 yang telah lama tidak bersua muka. Secara keseluruhannya, aku ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tu namun masih ada lagi bebrapa perkara yang bagi aku boleh diperbaiki di masa depan. Usaha murni macam ni harus diteruskan dan moga di masa mendatang akan lebih ramai 'sirih' yang akan pulang untuk menabur bakti pada sekolah tercinta ini.


video

hanya video ni yang dapat dipaparkan kerana terlupa membawa kamera.

Fobia setelah pulang menonton tayangan larut malam di Midveli Jumaat lepas


Jumaat lepas meneman Erin ngan kawan2 dia tengok Fobia2 kat midveli. Sebab tiket abis, terpaksa tgk midnite.

tido bg mengelakkan tertido dalam panggung

menunggu pintu wayang dibuka...

akhirnya berjaya masuk panggung setelah menunggu beberapa jam dan menempuh lautan manusia

muka2 ketakutan setelah 'selesai' tayangan skrin putih


seram btul citer ni, xsampai sejam masuk panggung semua penonton beramai2 keluar. Tobat aku xtgk muvi kat Midveli dah lepas ni. Macam hampeh...



Jumaat, 2009 November 06

Entri khas buat yang tersayang...

sayang....
jangan bersedih
atas kesilapan lampau ku
biar ia jadi sejarah
yang tak perlu kau kenang
sekarang....

sayang....
jangan menghukum
atas kebodohan lampau ku
biar ia jadi kemaafan
yang perlu
untuk masa depan

...masa depan KITA

Isnin, 2009 November 02

Lawak paling agung - 1Malaysia


Kalo kamu tangkap aku, lulusan 'sekolah agama', bagi ceramah sebab x bertauliah, kamu cerdik...mungkin...

tapi, kebodohan kamu tertonjol bilamana kamu tangkap dia....maaf, kamu sangat bangang...

dan terima kasih, sebab buat aku gelak pagi2 dengan kebodohan kamu...


Isnin, 2009 Oktober 19

OBSESIKU

Matamu....Bibirmu...
Pipimu & juga senyummu..
Membuat aku lebur..
Hanyut di dalam ghairah..
Kerna mu..

Tubuhmu.. harummu..hatimu..
Oh! semua aku mahu...

Inginku gigit² cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku..
& membisikkan aku cinta kamu..

Hadiahkan asmara di setiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu..
Semoga kau tahu... ku gila kamu

Auramu... Pujuk rayu hatiku..
Sering bergoncang jiwa ini..
Siang malamku gundah,
Tiada melihat wajahmu..
Ku rindu...





Selasa, 2009 Oktober 13

Kulit muka mula mengelupas setelah turun dari tanah tinggi

Fraser Hill sejuk. Menyesal sungguh tidak bawa sweater atau baju2 sejuk yang sama waktu dengan nya. Walau apa pun, kursus telah berjalan dengan lancar. Sekarang cuma menunggu janji manis sesetengah pihak untuk melunaskan elaun.


Kembali ke pejabat dengan sejuta malas. Dah masuk ari selasa, masih merangkak buat keje. Di tambah pulak dengan wujudnya filem yg baru diupload ke dalam server oleh sahabat2, semangat buat kerja terus hilang.....

Petang harus balik lebih awal untuk singgah ke SMAPK....latihan untuk musim baru dah bermula, ramai adik2 yang masih baru yang perlu bimbingan...kalo ikutkan ekonomi, mmg malas, tp kesian plak ngan budak2 yang comil2 tu....perlu pastikan semangat mereka tidak luntur, supaya sejuk mata memandang....