Jumaat, 9 Julai 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Meniup wisel di bawah terik mentari di Kuala Selangor membuat kulit semakin kurang cerah





Jumaat, 21 Ogos 2009
penutup memanah......
.jpg)
boleh juga dianggap penutup bg musim 2009 yang cukup cemerlang....atau mungkin sekaligus menutup sejarah 10 tahun memanah di smapk??p/s: cuma pic dr henset kerana jurugambar yang dijemput curi tulang...wahaha
Rabu, 15 Julai 2009
Jumaat, 19 Jun 2009
Keputusan Kejohanan Memanah MSSM 2009
1) Amir Syahmi Madzlan (15thn lelaki)
- Perak(60m,Keseluruhan individu, Keseluruhan berpasukan), Gangsa (50m,40m,30m)
2) Dharma Nur Asyiela (18thn perempuan)
- Emas(Keseluruhan berpasukan), Perak (70m), Gangsa (60m,Olimpik berpasukan)
3) Aminul Filza (15thn lelaki)
- Emas (50m), Perak(30m,keseluruhan berpasukan)
4) Muhamad Nurfaiz Azmy (18thn lelaki)
- Perak(olimpik berpasukan), Gangsa (50m)
5) Norazman Nayan (18thn lelaki)
- Perak (olimpik berpasukan)
sumber : En Maslan Ismail
TAHNIAH!!!!!!!!!!!!
Isnin, 8 Jun 2009
Niche Memanah
Ar-Rimayah Al-Mumtazah merupakan program memanah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang telah dipilih sebagai satu daripada Niche Area dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas kehendak agama dan pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster itu sendiri.
Pembangunan sukan memanah ini seharusnya dilihat melalui aspek pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh dibudayakan melalui sukan. Sukan Memanah memerlukan tahap disiplin yang tinggi, kerjasama berpasukan, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa setiap pelajar ini. Pembangunan sukan memanah perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat.
Pasukan memanah sekolah ini merupakan sebuah pasukan memanah yang disegani di peringkat sekolah di
Tradisi sukan memanah diwarisi oleh setiap pelajar demi memastikan sukan tersebut sentiasa mempunyai kekuatan, jiwa dan semangat yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Di samping itu, Lapang Sasar Memanah sekolah ini menjadi tempat latihan harian dan latihan pusat peringkat daerah Hulu Langat, negeri Selangor dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jurulatih pasukan sekolah ini juga turut menyumbangkan tenaga dan idea untuk membantu pasukan pemanah dari sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar daerah Hulu Langat.seperti SK Saujana Impian, SK Seri Sekamat, SMK Saujana Impian, dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.
Pasukan ini juga telah menyertai beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti MSSM bawah 18 tahun, dan MSSM bawah 15 tahun, Kejohanan Jemputan Antarabangsa Negara-negara Asean dan beberapa kejohanan jemputan peringkat tempatan. Pencapaian yang paling cemerlang pasukan memanah sekolah ini adalah apabila Amir Syahmi bin Madzlan menjadi johan Olimpik Round Individu dan naib johan berpasukan di 1ST SOUTHEAST
dipetik dari sini
Isnin, 11 Mei 2009
Khamis, 22 Januari 2009
Musim Baru....
hari ini 2201 : selamat hari lahir buat SHARINI SHAFII
Isnin, 17 November 2008
ipoh
sabtu dan ahad aku ke perak untuk tgk budak2 memanah sbp bertanding dalam sirkit remaja yang sekarang ni da ditukar name plak kepada kejohanan pelapis kebangsaan...pertandingan nya dua hari, sabtu dan ahad, tp aku sempat tgk bebudak tu ari ahad je sbb sabtu tu singgah kat slim river ziarah abg c.yamani yang eksiden...dah le sehari je, pertandingan sesi petang, jarak terakhir untuk semua kategori ari ahad tu cuma dapat dijalankan separuh perjalanan je sbb ujan lebat yang datang sekali membawa kilat dan petir....terasa hampeh je....tp xpela...dapat gak lepas gian tgk budak2 tu shoot...lame da xtengok diorg bertanding...pencapaian dorg, walaupun xbyk menang kali ni, tp agak membanggakan.....
Khamis, 11 September 2008
Terus berjuang
Pemanah Negara Cemerlang Tewaskan Lawan Di Pusingan Penyingkiran
Daripada Farhanah Azmi
BEIJING, 10 Sept (Bernama) -- Dua pemanah paralimpik negara, Mohd Salam Sidik dan Zulkifli Mat Zin hari ini berjaya melepasi pusingan penyingkiran pertama untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.
Pada saingan pusingan penyingkiran pertama, Mohd Salam yang berada pada ranking kelapan menewaskan Antonio Lisotta dari Itali 97-90, manakala Zulkifli (ranking ke-12) pula menewaskan Miroslav Kacina dari Slovakia 96-83.
"Prestasi mereka boleh dibanggakan juga walaupun agak gugup sedikit pada peringkat awal tapi mendapat semula rentak untuk bermain dengan baik.
"Saya berharap mereka dapat mengawal tekanan pada pusingan penyingkiran kedua kerana jika mereka mengatasi halangan itu, peluang kita untuk meraih pingat adalah cerah," kata jurulatih Johari Abu Bakar kepada Bernama.
Esok, Mohd Salam akan menentang pemain ranking kesembilan dari Korea Selatan, Jung Yong-joo. Terdahulu, Jung menewaskan Jose Manuel Marin dari Sepanyol 102-88.
Zulkifli pula akan menentang pemain tuan rumah, Cheng Changjie yang menduduki ranking kelima. Cheng menewaskan Janusz Bulyk dari Poland 104-88 untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.
-- BERNAMA
sempat jugak aku jumpa ngan en.Johari sblm team paralimpik ni berangkat gi beijing...jumpa secara x sengaja time jalan2 kat bazar malam danau kota...aku g ngan erin...en.Jo yg tegur aku dulu, aku xperasan dia lalu blkg mase tu, yg aku sedar org blkg aku ni duk ulang2 cakap.."yelah, buat kenduri xajak, kahwin senyap2.." mula2 aku buat xtau je tp biler 2-3 dier ulang, tergerak la ati aku nk pandang blkg...terkejut besar aku tgk dia yg duk blkg aku...sempat la gak borak2 n tanye tntg persiapan abg zul ngan salam nk ke beijing....sblm berpisah, dia just mintak doakan kejayaan dorg masa kat beijing...esoknye, terserempak lg ngan dia kat depan kedai ayahanda mejar baharudin...tp nmpk dr dlm keta je...aku just hon n angkat tangan....
Khamis, 28 Ogos 2008
Ini ala satu belita baek punye.....
Kementerian Akan Mulakan Segera Program Sukan Untuk Memenangi Emas Di Olimpik London 2012
MELAKA, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan segera program sukan ke arah sasaran memperoleh sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.Menteri berkenaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata antara sukan yang diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat negara itu ialah badminton, memanah dan berbasikal.
Sabtu, 16 Ogos 2008
Walau kecundang, tetap boleh dibanggakan...
Chu Sian Kejutkan Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah negara Cheng Chu Sian mengejutkan pemegang rekod Olimpik, Lee Chang Hwan dari Korea Selatan, untuk menempah tiket ke suku akhir hari ini tetapi kemudiannya dikecewakan oleh Bair Badenov dari Rusia 109-104.
Kejayaan pemanah berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu merupakan satu pencapaian membanggakan kerana ini adalah hanya kali kedua Malaysia menyertai acara itu di peringkat Olimpik dan yang pertama buat Cheng.
Dalam suku akhir, Cheng bersaing rapat dengan Badenov dalam tiga panahan pertama tetapi gagal mengekalkan rentaknya sehingga ke penamat.
"Saya membuat kesilapan dan dua kali mengutip hanya tujuh mata. Sukar nak dihuraikan kenapa ini berlaku," kata Cheng yang membuat kejutan pagi tadi apabila menundukkan Lee menerusi dua panahan tambahan selepas mereka terikat 105-105.
Lee, anggota pasukan Korea Selatan yang memenangi emas acara berpasukan, mencatat rekod 117 dalam pusingan pertama dua hari lepas.
-- BERNAMA
Jumaat, 15 Ogos 2008
Terus Mara!!!
Pemanah Chu Sian Mengatasi Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku Akhir
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah Malaysia, Cheng Chu Sian mengatasi pemegang rekod Olimpik Lee Chang Hwan untuk mara ke suku akhir individu lelaki hari ini.
Kedua-duanya terikat 105-105 setelah 12 panahan.
Mereka memperoleh sembilan dengan panahan pertama dan dalam kedua, Lee, ke pertama dan memperoleh sembilan lagi.
Chu Sian melihat peluangnya. Beliau meningkatkan lagi dan mempamerkan pencapaian baik, terkena tengah papan untuk kali kedua dalam pusingan ketiga.
Tepukan bergemuruh di tengah-tengah peminat Korea yang datang untuk memberikan sokongan kepada Lee yang banyak pengalaman.
"Saya tanya diri saya bahawa saya akan berbuat terbaik untuk acara pasukan ini. Saya tidur agak awal malam tadi," katanya yang berusia 22 tahun dari Pulau Pinang.
"Saya telah menewaskan dia sebelum ini tetapi saya tidak ingat bila. Lee juga telah menewskan Wan Khalmizam sebelum ini dan mungkin kerana ini, dia banyak tertekan apabila berhadapan dengan lawannya dari Malaysia," tambah Cheng.
Cheng akan bertemu Bair Badenov dari Rusia pada pukul 4.13pm petang ini. Pemanah Rusia itu mara setelah menewaskan Jay Lyon dari Kanada 115-110.
Ini adalah pencapaian terbaik oleh seorang pemanah Malaysia dalam sejarah Olimpik dalam acara sukan yang masih lagi tidak popular di negara.
Lee, merupakan sebahagian pasukan pemenang emas Korea Selatan, memperoleh rekod Olimpik 117 pada pusingan pertama dua hari lepas.
Cheng satu mata di belakang panahan kedua tetapi kesunguhannya kepada 52-50 membawa ke situ kerana pemanah Korea memperoleh tujuh dalam panahan ketiga.
Setelah sembilan panahan, kedua-duanya pada tahap 78-78. Chu Siang, satu lagi di belakang selepas panahan ke-10 tetapi bangkit dengan betul dalam penahan ke-11 menjadikannya 96-96 untuk ke panahan akhir di mana-mana kedua-dua memperoleh sembilan untuk terikat 105-105.
Cheng, ranking tertinggi pemanah Malaysia dalam kedudukan dunia dengan nombor 13, bimbang dengan pasukan ke suku akhir dalam pasukan dengan Wan Khalmizam Abd Aziz and Muhd Marbawi Sulaiman.
Pasukan itu dalam ranking keempat dunia, berharap ke suku akhir untuk memperoleh pingat.
KEPUTUSAN: 105-105
Cheng Chu Sian (MAS): 9-8-8-9-9-9-9-9-8-8-10-9
Lee Chang Hwan (KOR): 9-9-7-8-8-9-9-10-9-9-9-9
PUSINGAN PENENTUAN
Cheng Chu Sian (MAS) 9-10
Lee Chang Hwan (KOR) 9-9
-- BERNAMA
Tahniah pemanah negara...tapi berita BERNAMA ni cam byk kesalahan bahasa je...huhuhuhu
Khamis, 14 Ogos 2008
16 Terbaik.....
Chu Sian Layak Ke Pusingan Ketiga Pertandingan Individu
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 13 Ogos (Bernama) -- Pemanah Malaysia Cheng Chu Sian yang gagal menunjukkan persembahan terbaiknya pada pertandingan berpasukan memanah Sukan Olimpik, hari ini bangkit semula apabila tersenarai 16 terbaik pada pertandingan individu untuk layak ke pusingan ketiga.
Bagaimanapun dua lagi pemanah Malaysia Wal Khalmizam Abd Aziz dan Muhd Marbawi Sulaiman, masing-masing ditewaskan dengan satu mata pada pusingan pertama.
Chu Sian memulakan pertandingan dengan menewaskan pemain Australia Matthew Gray 109-101 sebelum menewaskan Matti Hatava dari Finland 110-103 pada pusingan kedua persaingan individu yang ditentukan dengan 12 anak panah.
Bagaimanapun, Chu Sian akan menghadapi laluan sukar Jumaat ini apabila berhadapan Lee Chang Hwan, dari Korea Selatan pemenang pingat emas yang memegang rekod Olimpik.
Pemenang perlawanan itu akan layak ke suku akhir.
Lee yang menunjukkan permainan cemerlang, hampir memungut mata penuh apabila memperoleh 117 daripada 120 mata menewaskan Yusuf Goktug dari Turki untuk memasuki pusingan ketiga, sekaligus mencipta rekod Olimpik. Rekod Olimpik 115 mata yang dibuat di Atlanta juga dipecahkan pencabar dari Poland Jacek Proc yang memungut 116 mata.
Wan Khalmizam tewas kepada Alexandru Bodnar dari Romania 105-106 manakala pemanah Taiwan Chen Szu Yuan menewaskan Muhd Marbawi 107-106.
Wan Khalmizam, pelajar komunikasi massa Universiti Putra Malaysia berusia 21 tahun adalah yang terbaik dalam trio Malaysia apabila menduduki ranking kelima. Beliau memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 674 mata pada pertandingan suku akhir berpasukan.
Bergandingan dengan Chu Sian dan Muhd Marbawi, pasukan itu mencatat rekod baru Malaysia dengan catatan 1,993 di sini.
Terdahulu jurulatih kebangsaan Lee Jae Hyung berkata adalah satu pencapaian jika pemanah Malaysia berjaya tersenarai 16 terbaik kerana ia adalah lapangan antarabangsa.
-- BERNAMA
Selasa, 12 Ogos 2008
Trio Malaysia Kecundang di Beijing
Malaysia Lose To Italy In Men's Team Archery
BEIJING, Aug 11 (Bernama) -- Malaysia lost 213 - 218 to Italy in the men’s team archery of the Beijing Olympic Games here today and failed to qualify for the semi-finals of the event.-- BERNAMA
Rabu, 16 Julai 2008
KEJOHANAN MEMANAH SBP KALI KE-3 2008, 10 - 12 JULAI, SDAR SEREMBAN

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
