Memaparkan catatan dengan label tetamu senja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tetamu senja. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mac 2010

Pesanan kepada teman

teman...
jangan kerana pelangi yang indah
lampu di kamar kau padamkan...

jangan kerana buih yang memutih
bumi yang nyata kau tinggalkan

lihatlah dengan hati dan iman
nescaya kan kau jauhi kesedihan
dan kan kau genggam kebahagian



Jumaat, 6 November 2009

Entri khas buat yang tersayang...

sayang....
jangan bersedih
atas kesilapan lampau ku
biar ia jadi sejarah
yang tak perlu kau kenang
sekarang....

sayang....
jangan menghukum
atas kebodohan lampau ku
biar ia jadi kemaafan
yang perlu
untuk masa depan

...masa depan KITA

Jumaat, 21 Ogos 2009

ahlan wa sahlan ya ramadan...

maaf di pohon
sebelum tiba nya ramadan
yang nyaman
yang berkat
yang tiada syaitan
ujian
teguhnya iman

Isnin, 5 Januari 2009

masih kasih

masih adakah harapan
tika rindu berkurangan...
masih wujudkah impian
jika kasih berjauhan....

masih rindu
masih sayang
masih kasih

namun
harapan dan impian
belum pasti
kenyataan

Isnin, 24 November 2008

beza

masa dulu...
kita sama-sama belajar...
membaca, menulis, mengira
guru yang sama
bila dewasa...
dan pandai segala
kenapa kita
tak boleh bersama
berkongsi cerita
dan gelak tawa
...seperti masa dulu itu?

Rabu, 22 Oktober 2008

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Selasa, 16 September 2008

Langit Biru

Langit biru
tak selalu cerah
terkadang ia mendung

Langit biru
bukan terus panas hingga petang
terkadang hujan di tengah hari

doa dan harapan
agar mendung dan hujan
cepat berlalu
supaya langit biru
kembali senyum
dan temani aku

Khamis, 11 September 2008

Setahun berkasih


setahun telah kita jalani
bersama kita harungi
suka dan duka
kita tempuhi
moga terus kekal
hingga nafas terhenti

terima kasih
kasih
atas kesetiaan
terima kasih
tuhan
atas kurniaan

yg tak terhingga

Rabu, 10 September 2008

Rindu

yg berlaku pasti berlalu
berlalu terus berlalu
tinggalkan
rindu...