Rabu, 29 Oktober 2008

Hampeh nyer semut!!!!

hari ini datang ke opis dengan azam yang cukup tinggi melangit untuk menyambung tugasan yang menimbun....tp sampai opis terus ilang mood apabila menyaksikan tempat aku dipenuhi semut2 yang entah dari mane datangnye...yang aku konpius tu, kat meja aku ni xde plak aku tinggal pape semalam, jgn kata menda manis2, sebutir makanan pun xde...heran btul,apasal la semut2 ni nak takluk meja aku ni...semalam xde pun nampak btg idung walau seekor pun tapi pagi ni da macam ade pesta plak atas meja aku ni...mmg bikin panas je...biler aku perati btul2 pergerakan semut2 ni, pandangan mata aku dibawa ke arah desktop DELL aku yg kaler putih tu...ah, sudah..ini suda lebey ni....dan tanpa melengahkan masa aku terus bergegas ke 7E yg ada kat cyberjaya ni untk membeli ridsect....blik opis terus menjalankan usaha mencari dan menyelamatkan pc aku....abih satu opis da bau ridsect ni....tp lepas aku sembur, mcm makin banyk plak semut2 ni....bertambah konpius aku...dr mana plak datangnya byk2 ni??? bila aku perati lagi btul2, nmpak cm semut2 kuar dr dlm pc aku...ohhh,tidakkk!!!!! sepantas kilat aku buka casing desktop tu dan bila diselongkar dan disiasat aku berjaya mengesan dari mana datang nye semut2 ni dan dimana semut2 ni da buat perkampungan....yang aku pelik, punyela luas dunia ni, apasal la dalam hard disk aku tu korg nak set up koloni ha??? mentang2 duk cyberjaya, korg ingt korg cyber sgt la kalo buat perkampungan silikon kat dalam hard disk aku tu...mmg hampeh tul la...nyusahkan aku je...kalo rosak la hard disk ni...mmg aku panggang semut2 ni sekor2...huhhh!!!!!!!

Selasa, 28 Oktober 2008

Tiada lagi sakit kepala...

telah berjaya membeli hs di atas bagi menggantikan hs yang telah mati....proses pembelian telah dipercepatkan kerana tidak tahan lagi menanggung sakit kepala dengan henset pinjam yg sgt2 teruk kondisinya...sgt gembira kerana telah berjaya membeli henset ini yang mmg telah disenarai pendek setelah melakukan bebrapa tinjauan...dan bertambah riang dan gumbira kerna dapat membeli dengan harga yang amat murah....(sebb kedai tu nak pindah so buat stock clearance)...so far sgt berpuas ati dengan kemampuan henset baru ini...cita2 untuk ber'mms' dengan erin tercapai jua akhirnya...huhuhu...harap2 henset ni tahan lame, coz aku bukan nye jenis yang suka tukar2 henset....

Nokia 6120 Classic Specification

Date Announced 2007, 2Q
Network Technology HSDPA/ UMTS / GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Hardware/Processor ARM 11, 369 MHz
Dimensions (mm) 105 x 46 x 15
Weight (g) 84
Display
Screen Size : 2.0 inch, 240x320
Screen Color : TFT 16 Million colors
Design
Type : Candybar
Navigation Key : 4 way navigation key
Soft Keys : 2
Antenna : Fixed Internal
Memory
Internal(MB) : 128 MB NAND Flash, 64MB SDRAM (35MB user memory)
Expansion : microSD (T-Flash), Hot swap, up to 2GB
Battery
Battery Type : Li - Ion 890 mAh (BL-5B)
Stand-by (hrs) : 260
TalkTime(min) : 180
Entertainment
Ringtones
Polyphonic :
Customization : MIDI, True tones, and MP3/AAC, Video ringtone
MP3 Yes
A2DP Yes, Music Control Profile (AVRCP)
TV Receiver Null
FM Radio Yes
Video Record Yes, 15 fps
Video Support MPEG-4, H.263, H.264/AVC, RealVideo 7,8,9/10
Audio Support AAC, AAC+, eAAC+, MP3, MP4, M4A, WMA, Mobile XMF, SP-MIDI, AMR (NB-AMR), MIDI Tones (poly 64), RealAudio 7,8,10, True tones (WB-AMR), WAV
Voice Support Command, Dial, Recording, Speaker, Text-to-speech
Messaging
SMS Yes
MMS Yes
EMS No
Email Yes
Push-To-Talk Yes
Connectivity
HSDPA Yes
EDGE Yes
Bluetooth Yes, version 2.0
3G Yes
GPRS Class 32
Infrared (IrDA) No
USB Port Yes
Data Cable mini USB
Software
Java (J2ME) Yes ,MIDP 2.0, CLDC 1.1
WAP Yes Ver 2.0
Platform / OS - S60 3rd Edition, Feature Pack 1
Browser XHTML, HTML (S60 OSS Browser)
Predictive Text Entry T9
PIM Application Calendar
Other Application Document viewers (Excel,Word,PowerPoint, PDF), Flash Lite 2.0, Zip, SyncML, Still Image Editor, application for GPS
Personals
Themes Yes
Caller ID Photo Caller ID
ProfileID Yes
Camera
Lens Type CMOS, 2.0 Megapixel
Digital zoom 4x
Max. Resolution 1600 x 1200 (Secondary: 240 x 320)
Flash Yes
Night Mode Yes
Multi Shot Yes
Extra Features Self Timer
Photo Format
Video Yes, 15 fps
Video Format 320 x 240

Rabu, 22 Oktober 2008

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu MelayuBanjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Selasa, 21 Oktober 2008

Hanya Kita Yang Tahu - Alleycats duet Jay Jay

Gemersik suara desir dedaunan membisik kan ke jiwa
Melagukan cerita bersama airmata
Berakhirnya sebuah perjalanan
Hatiku tertanya kiranya
Ada noktah berakhir darimu
Lalu aku termenggu
Teringat bait yang dulu
Tiap yang mula pastikan berakhir

Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Tinggal hanya suara batinnya

Ku cari cinta selain darinya
Namun tiada yang serupa
Ku harus terima kau tiada pengganti
Tuhan lebih menyayangi

Makinku cuba pendamkan kisah lama
Makin terasa kau disisi
Pahit dan manis kisah kau dan aku
Hanya kita saja yang tahu ooo.......

Kini yang ada hanyalah sebuah nama
Terukir untuk mengenangkan siapa
Setahun sudah berlalu pemergianmu
Aku rindu suara batinmu

Ku cari cinta selain darinya
namun tiada yang serupa
ku harus terima kau tiada pengganti
tuhan lebih menyayangi

makin ku cuba pendamkan kisah dulu
makin terasa kau di sisi
suka dan duka kisah kau dan aku
hanya kita saja yang tahu...yang tahu....

Raya x abis lagi

Selamat Hari Raya....!!! sungguh lama tidak mengarang post....mgu lepas agak sebuk ditambah plak ngan ketiadaan internet mase mula2 masuk opis cyberjaya ni mmbuatkan aku sgt malas nak menulis....tp akhirnya arini terbuka gak ati aku nak post sumthing kat blog ni...pertamanya aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada semua rakan dan teman serta saudara mara yang datang ke majlis rumah terbuka kat umah aku ari sabtu lepas...taun ni mmg ramai yang datang berbanding tahun2 lepas....sampai cuak gak aku makanan xcukup, tp naseb baik la cukup untuk semua tetamu...so xde la yg makan cekodok je mase open haus ari tu....terima kasih la banyk2 kerana sudi menempuh 'jam' untuk ke umah aku sabtu lepas, tu blum masuk yang sesat jalan sampai ke low yat la...(wahahaha.....kancil 8001 tu bole pecah rekod la, blum penah org sesat nak g umah aku smpi ke low yat tu....sesat lg menyesatkan...hehehe...jgn mare tuan empunya kancil...) tp apepun berjaya gak la korg datg umah aku...pada yang xdapat dtg, xpe, taun depan aku xajak dah!!! huhuhu...xdela...insyaallah aku akan ajak gak...




ahad, seperti yang telah dirancangkan, aku ngan geng memanah aku time skola dulu telah menyerang umah cikgu yop di putrajaya....tapi serangan besar2an seperti yang di idamkan tidak kesampaian kerana ramai yang xdapat datang n cancel last minute...yang dapat pegi cuma 6 org je drp jumlah 10 org seperti yang di plan...tp serangan tetap diteruskan....hasilnya, dpat la melantak mee goreng+rendang+nasi himpit+kuah kacang yang telah disediakan...smbil makan, smbil borak2 dan gelak2...xlama pun kat umah cikgu tu..ade la dekat 3 jam...huhuhu.....





Isnin, 13 Oktober 2008

Kesibukan

selamat hari raya!!!!! sibuk..sibuk...sibuk...sangat sibuk!!!! ari ni adalah permulaan bagi mggu yang diramalkan sgt sibuk!!! ptg td bru selesai mengangkut barang2 ke cyberjaya. bermakna start esok, secara rasmi nya e-cenit akan beroperasi di cyberjaya...mmg byk keje sket bile baru pindah ni ditambah plak ngan persediaan untuk buat demo2 yang telah dijadualkan dalam mgu ni...harap2 dapat la siap sume task yang aku dapat ni...kalo x, mampos aku...huhuhuhu

pada kawan2, member2, geng2, teman2 dan sume yang berkaitan, aku nak mintak maap la sgt2 coz aku da ilang contact no korg sume (henset aku yg rosak tu da xle diselamatkan dan da pun selamat di talkinkan) so, aku mintak maap la byk2 kalo ade yg msj or call tu aku reply 'sape ni?'...n kalo bole, korg msj la aku no korg...pasal open haus umah aku yg dijadualkan sabtu ni, aku nak mintak maap gak coz aku xdapat la nak ajak korg secara sms atau call diatas sbb musabab yang aku nyatakan tadi...so korg jgn la kecik ati or anggap aku cam x ikhlas ajak...kalo dapat info tu anggap je la aku ajak ikhlas, sbb aku cuma dapat ajak melalui blog ni, fs n mintak kawan2 yg aku dapat kontek untuk panjangkan jemputan ni...insyaallah, makanan cukup...kalo xcukup, aku goreng cekodok je untuk korg...wawawawa....tp kalo korg dpat bg info kat aku berapa org nak dtg lg bagus, senang aku nak bajet makanan...huhuhu...




Jumaat, 10 Oktober 2008

Satu Penghijrahan....

arini ari last aku kat damansara jaya...bukan behenti keje or tukar keje, tp cuma pindah opis...mgu depan akan mula bekerja di suasana baru, kat opis yang xberapa nak baru di cyberjaya...ptg ni akan mula berkemas2 untuk pindah....untuk ke cyberjaya nanti maybe aku akan car pool ngan abg aku dulu buat sementara waktu...nak naik moto mmg xsanggup rase nya...rancangan jangka masa panjang plak masih blum diputuskan...harap2 segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya...bila citer pasal cyberjaya ni, walaupun byk yang meresahkan aku, tp ada gak beberapa perkara yang ok...biler kat cyber nanti, mungkin aku akan cuba aktif memanah blik memandangkan cyberjaya agak dekat ngan kajang...lgpun sblm ni mmg aku ada tgk2 budak2 SSP Cyberjaya tu training...harap2, ada la ruang dan peluang lepas ni untuk aku meluangkan masa dan menajamkan balik skill2 kejurulatihan aku ni...huhuhu....bole la gak aku singgah2 kat smapk tgk budak2 training...lama btul rasenya x gi tgk dorg...n bole la gak aku buat lawatan sambil belajar ke UKM...bertanya khabar ngan org kg kat sana... hurm...yang pasti aku akan cuba ambil menda ni (pindah cyberjaya) sebagai satu perkara yang positif, sebagai satu hijrah, hijrah yang akan menjanjikan perkara2 yang lebih baik..begitulah hendaknya...

Khamis, 9 Oktober 2008

PENGUMUMAN!!!!!

dengar sini org2 kampung!!!!!!!!!!! bahawasa nya...saye, penyimpan mohor besar raja2, bagi negeri2 tanah melayu dan kawasan2 yang same waktu dengan nye, dengan ini, ingin mengisytiharkan, bahawa tarikh rumah terbuka bagi Tuan Haji Kayat dan sekeluarga, telah jatuh pada hari sabtu, 18 Oktober 2008 bersamaan dengan 18 syawal 1429 hijrah....oleh yang demikian, adalah dengan ini, saya menjemput kepada semua2 yang berkenaan untuk hadir beramai2 di kediaman beralamat di no73, jalan pandan indah 1/16, pandan indah, 55100 kuala lumpur, bagi memeriahkan dan menghabiskan makanan2 yang bakal disediakan.....sekian, terima kasih....



waktu makan : 1100 - 1500
waktu basuh pinggan : 1500 -1800

Selasa, 7 Oktober 2008

Senario The Movie Episod - 1


rating : 60%

sebagai peminat filem2 senario jujur aku katakan gabungan senario dan ahmad idham buat pertama kali ni agak mengecewakan...walaupun x seteruk filem2 prof.madya sorg tu, tp filem terbaru senario ni gagal mencapai tahap yang membolehkan nya berdiri sama tinggi dengan filem2 mereka yang terdahulu khususnya dibawah arahan aziz m.osman...tidak banyak perkara dalam filem ni yang boleh buat aku tergelak besar...malah kebanyakkan scene atau part yang btul2 best da dimasukkan dalam promo..bg aku, filem ni akan lebih menarik jika diperbanyakkan lawak2 santai seperti filem2 terdahulu (xtermasuk lang buana) dan akan sgt menarik jika dikurang lawak2 slapstik yg bole buat budak 5 tahun gelak tapi buat org cm aku menyampah dan mungkin juga lebih menarik jika dikurangkan muzik latar dan kesan bunyi yang xberkenaan...

Kami

rating : 70%

aku xpnah pun tgk citer ni versi series kat tv tu, tgk muvi ni pun atas paksaan seseorg..huhu..bg aku, jalan citer menarik, citer digarap dengan cantik dan mmg berbaloi la nak bayar rm8 untuk tgk citer ni kat wayang...tapi bg aku yang buta seni ni, aku rasa citer ni agak kurang sesuai diklasifikasikan sebagai tontonan umum...betul, citer ni tiada adegan seks atau ganas yang melampau, tapi cerita dan norma2 kehidupan budak2 baru abis sekolah yang dipaparkan dlm citer ni aku rasa xelok untuk dijadikan tontonan pd remaja2 dibawah umur, takut2 akan menjadi ikutan dan bukan nya diambil sebagai iktibar atau pengajaran....tambahan plak dengan masalah keruncingan moral di kalangan budak2 skola skrg ni...tapi apa pun kira bole layan la citer ni walaupun mase tgk muvi tu aku rase cm tuer sgt je coz kebykkan penonton lain sume cm budak xabis skola lagi...huhuhuhu...


pikirla sendiri

Selamat Hari Raya!!!!!!!! semalam umah aku dapat penghuni baru...bubu dan 5 anaknya....mmg riuh umah aku ngan gelagat 5 beranak ni...hampir tensen gak bile seme xreti nak duk diam....dah la tu, pg td pun aku terpaksa merantau ke ats untuk mandi disbbkan toilet kat bwh tu da jd rumah kongsi dorg...aku sebenarnye bukan la xsuka atau anti kucing, tp aku sgt malas untuk membelanya...takat bg makan tu bole la...tp kalo smpai nak bersihkan najis dan mandikan tu, mintak maap ler...malas aku nak layan...hopefully kucing2 ni xde la nak nyusahkan aku di masa hadapan kelak...huhuhu

semalam aku ade sebut nak tulis pasal cuti raya ari2 tp maybe xdapat la kerana kesibukan yang melanda disaat dan ketika ini...tp insyaallah, kalo ade kesempatan aku akan cuba coretkan beberapa peristiwa dan perkara yang aku rasa menarik untuk diceritakan...

menjelang raya tu, aku ade la beberapa kali mengunjungi Jalan TAR dan kawasan2 yang sama waktu dengan nya....biasa la,raya...mmg tempat2 ni penuh dengan lautan manusia...bersesak2 untuk menghabiskan wang dan masa...ramai nye orng mmg xyah nak ckap la..sesak lagi menyesakkan...tp dalam pada sesak smpi nak jalan pun susah tu, aku tengok ade gak ibubapa yang xprihatin....yang bawak anak2 kecil skali..perlu ke anak kecil tu dibawa sekali? ke tempat yg sesak mcm tu?? xkesian ke kat anak tu?? kalo anak da besar, da skola bole maap lagi, ni bby lagi..yg hanya tau menangis bile lapar....pendapat aku la (walaupun aku xkawin n xde anak lg), aku rasa amat tidak wajar untuk membawa anak2 kecil ke tempat2 mcm tu...bukan nye bole try baju pun...pendek kata, jangan tau beranak je, jaga anak xreti..wawawa...bak kata nabil, lu pikirla sendiri!!!!!!!!!


Isnin, 6 Oktober 2008

Mula keje lagi...

selamat hari raya!!!!!!!!!! wahh....aku rasa perasaan aku ari ni sama dengan beribu-ribu umat manusia yang lain di malaysia ni....perasaan malas keje sbb da cuti lama...huhuhu....tp digagahkan jua diri ini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berdedikasi... sbb baru pas cuti raya makanya beberapa post aku selepas ni berkemungkinan besar akan berkisar tentang cuti raya aku selama 5 ari tu...(kalo aku ade mood nak tulis la) wahaha....arini ecenit dapat org baru...bazilah mane die...budak UKM gak...tp, walaupun 3 tahun aku duk satu fakulti ngan dia, jujur aku cakap aku xpnah perasan pun dia kat U dulu...wahaha...kejam btul aku...seb la dia ckap yg dia cm pnah nmpk aku dulu...wahahaha...papepun lepas ni banyak lagi mase nak kenal ngan dia... harap2 dapat bekerja dengan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang dengan ada nye pemangkin kat opis pas ni...wahahaha

kat cni gak aku nak ucapkan terima kasih kepada insan2 yang ade htr sms ucapan ari raya kat aku...tp memandangkan aku pakai hs lain skrg ni, so aku mmg xtau pun sape yang htr kat aku tu melainkan ada bgtau nama...papepun terima kasih n sori la pada yang aku xsempat reply...kepada kwn2 lain, bukan nye aku xingat kat korg, tp aku mmg xingt no tepon korg...huhuhu...so taun ni agak jimat la credit aku...hehehehe