Rabu, 17 Mac 2010

SESETIA MALAM PADA SIANG

Sejak namamu menggetar rasa
Ku khabarkan pada angin
Bawalah dedaunan kering
Terbang jauh dari hidupku
Ingin aku bersama awan
Mengarang kembang cantik untukmu
Jika ku tahu kaulah ciptaan terakhir
Tiada ku jadi pelari sepi
Memburu mimpi demi mimpi
Lalu berhenti dikaki hari
Merenung pagi yang cerah
Sekadar datang dan pergi
Kau buatku laut berpayung senja
Indah suara ombakmu
Memecah sepi pantai rinduku
Di balik karangan batu
Ikan kecil berenang riang
Ingin selalu di dasarmu
Sesetia malam pada siang.

Isnin, 8 Mac 2010

di timpa sakit....

buat masa ni aku sedang di landa sindrom malas...insyaallah kalo da sembuh nnti akan ku update blog ini....

Isnin, 1 Februari 2010

Selamat Hari Wilayah















SESAT DI KUALA LUMPUR


Sesat di Kuala Lumpur
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terimakasih tuan dan nyonya
Doa selamat kami pohonkan
Pada Tuhan maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui
Kebahagiaan di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya, dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Dan mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya
Mungkin kita lupa pada asalnya...