Jumaat, 15 Ogos 2008

Terus Mara!!!


Pemanah Chu Sian Mengatasi Pemegang Rekod Olimpik Untuk Ke Suku Akhir

Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 15 Ogos (Bernama) -- Pemanah Malaysia, Cheng Chu Sian mengatasi pemegang rekod Olimpik Lee Chang Hwan untuk mara ke suku akhir individu lelaki hari ini.

Kedua-duanya terikat 105-105 setelah 12 panahan.

Mereka memperoleh sembilan dengan panahan pertama dan dalam kedua, Lee, ke pertama dan memperoleh sembilan lagi.

Chu Sian melihat peluangnya. Beliau meningkatkan lagi dan mempamerkan pencapaian baik, terkena tengah papan untuk kali kedua dalam pusingan ketiga.

Tepukan bergemuruh di tengah-tengah peminat Korea yang datang untuk memberikan sokongan kepada Lee yang banyak pengalaman.

"Saya tanya diri saya bahawa saya akan berbuat terbaik untuk acara pasukan ini. Saya tidur agak awal malam tadi," katanya yang berusia 22 tahun dari Pulau Pinang.

"Saya telah menewaskan dia sebelum ini tetapi saya tidak ingat bila. Lee juga telah menewskan Wan Khalmizam sebelum ini dan mungkin kerana ini, dia banyak tertekan apabila berhadapan dengan lawannya dari Malaysia," tambah Cheng.

Cheng akan bertemu Bair Badenov dari Rusia pada pukul 4.13pm petang ini. Pemanah Rusia itu mara setelah menewaskan Jay Lyon dari Kanada 115-110.

Ini adalah pencapaian terbaik oleh seorang pemanah Malaysia dalam sejarah Olimpik dalam acara sukan yang masih lagi tidak popular di negara.

Lee, merupakan sebahagian pasukan pemenang emas Korea Selatan, memperoleh rekod Olimpik 117 pada pusingan pertama dua hari lepas.

Cheng satu mata di belakang panahan kedua tetapi kesunguhannya kepada 52-50 membawa ke situ kerana pemanah Korea memperoleh tujuh dalam panahan ketiga.

Setelah sembilan panahan, kedua-duanya pada tahap 78-78. Chu Siang, satu lagi di belakang selepas panahan ke-10 tetapi bangkit dengan betul dalam penahan ke-11 menjadikannya 96-96 untuk ke panahan akhir di mana-mana kedua-dua memperoleh sembilan untuk terikat 105-105.

Cheng, ranking tertinggi pemanah Malaysia dalam kedudukan dunia dengan nombor 13, bimbang dengan pasukan ke suku akhir dalam pasukan dengan Wan Khalmizam Abd Aziz and Muhd Marbawi Sulaiman.

Pasukan itu dalam ranking keempat dunia, berharap ke suku akhir untuk memperoleh pingat.

KEPUTUSAN: 105-105

Cheng Chu Sian (MAS): 9-8-8-9-9-9-9-9-8-8-10-9

Lee Chang Hwan (KOR): 9-9-7-8-8-9-9-10-9-9-9-9

PUSINGAN PENENTUAN

Cheng Chu Sian (MAS) 9-10

Lee Chang Hwan (KOR) 9-9

-- BERNAMA


Tahniah pemanah negara...tapi berita BERNAMA ni cam byk kesalahan bahasa je...huhuhuhu