Khamis, 11 September 2008

Terus berjuang

Pemanah Negara Cemerlang Tewaskan Lawan Di Pusingan Penyingkiran

Daripada Farhanah Azmi

BEIJING, 10 Sept (Bernama) -- Dua pemanah paralimpik negara, Mohd Salam Sidik dan Zulkifli Mat Zin hari ini berjaya melepasi pusingan penyingkiran pertama untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.

Pada saingan pusingan penyingkiran pertama, Mohd Salam yang berada pada ranking kelapan menewaskan Antonio Lisotta dari Itali 97-90, manakala Zulkifli (ranking ke-12) pula menewaskan Miroslav Kacina dari Slovakia 96-83.

"Prestasi mereka boleh dibanggakan juga walaupun agak gugup sedikit pada peringkat awal tapi mendapat semula rentak untuk bermain dengan baik.

"Saya berharap mereka dapat mengawal tekanan pada pusingan penyingkiran kedua kerana jika mereka mengatasi halangan itu, peluang kita untuk meraih pingat adalah cerah," kata jurulatih Johari Abu Bakar kepada Bernama.

Esok, Mohd Salam akan menentang pemain ranking kesembilan dari Korea Selatan, Jung Yong-joo. Terdahulu, Jung menewaskan Jose Manuel Marin dari Sepanyol 102-88.

Zulkifli pula akan menentang pemain tuan rumah, Cheng Changjie yang menduduki ranking kelima. Cheng menewaskan Janusz Bulyk dari Poland 104-88 untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.

-- BERNAMA

sempat jugak aku jumpa ngan en.Johari sblm team paralimpik ni berangkat gi beijing...jumpa secara x sengaja time jalan2 kat bazar malam danau kota...aku g ngan erin...en.Jo yg tegur aku dulu, aku xperasan dia lalu blkg mase tu, yg aku sedar org blkg aku ni duk ulang2 cakap.."yelah, buat kenduri xajak, kahwin senyap2.." mula2 aku buat xtau je tp biler 2-3 dier ulang, tergerak la ati aku nk pandang blkg...terkejut besar aku tgk dia yg duk blkg aku...sempat la gak borak2 n tanye tntg persiapan abg zul ngan salam nk ke beijing....sblm berpisah, dia just mintak doakan kejayaan dorg masa kat beijing...esoknye, terserempak lg ngan dia kat depan kedai ayahanda mejar baharudin...tp nmpk dr dlm keta je...aku just hon n angkat tangan....