Isnin, 8 Jun 2009

Niche Memanah

di saat rimas dengan tugasan yang semakin berlambak di pejabat walhal hari2 akhir ku disini sudah semakin hampir...search yang ntahapahapa di google dan akhirnya ketemu ini....

Ar-Rimayah Al-Mumtazah merupakan program memanah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang yang telah dipilih sebagai satu daripada Niche Area dalam Program Sekolah Kluster Kecemerlangan di sekolah ini. Sukan ini dibangunkan atas kehendak agama dan pengiktirafan harus diberikan bagi mengekalkan tahap kecemerlangan sukan tersebut sesuai dengan taraf kluster itu sendiri.

Pembangunan sukan memanah ini seharusnya dilihat melalui aspek pembangunan pelajar itu sendiri dari segi sahsiah dan tingkah laku yang boleh dibudayakan melalui sukan. Sukan Memanah memerlukan tahap disiplin yang tinggi, kerjasama berpasukan, dan semangat juang yang tinggi dalam jiwa setiap pelajar ini. Pembangunan sukan memanah perlu dilaksanakan dengan teratur dari segi sumber manusia, kepakaran jurulatih, kelengkapan, peralatan program latihan, pemakanan dan perlu seiring dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang terlibat.

Pasukan memanah sekolah ini merupakan sebuah pasukan memanah yang disegani di peringkat sekolah di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh pasukan ini sejak lapan tahun yang lalu. Pasukan Memanah lelaki telah menjuarai Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) bermula pada tahun 2004 manakala pasukan memanah perempuan menjuarai Kejohanan Memanah MSSS dan MSSM pada tahun 2006 hingga 2008 .

Tradisi sukan memanah diwarisi oleh setiap pelajar demi memastikan sukan tersebut sentiasa mempunyai kekuatan, jiwa dan semangat yang sukar ditandingi oleh sekolah-sekolah lain. Di samping itu, Lapang Sasar Memanah sekolah ini menjadi tempat latihan harian dan latihan pusat peringkat daerah Hulu Langat, negeri Selangor dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Jurulatih pasukan sekolah ini juga turut menyumbangkan tenaga dan idea untuk membantu pasukan pemanah dari sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar daerah Hulu Langat.seperti SK Saujana Impian, SK Seri Sekamat, SMK Saujana Impian, dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.

Pasukan ini juga telah menyertai beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti MSSM bawah 18 tahun, dan MSSM bawah 15 tahun, Kejohanan Jemputan Antarabangsa Negara-negara Asean dan beberapa kejohanan jemputan peringkat tempatan. Pencapaian yang paling cemerlang pasukan memanah sekolah ini adalah apabila Amir Syahmi bin Madzlan menjadi johan Olimpik Round Individu dan naib johan berpasukan di 1ST SOUTHEAST ASIA JUNIOR OUTDOOR CHAMPIONSIP 2007 SINGAPORE.

dipetik dari sini