Selasa, 10 November 2009

Sireh pulang ke gagang..

Meluangkan masa untuk pulang ke gagang ari Sabtu lepas (yang mana aku pulang hampir setiap minggu dengan kekerapan 3-4 kali seminggu). Bagi aku kehadiran aku sekadar nak memberi sokongan kepada alumni dan pihak yang telah menganjurkan program tu. Juga ingin mengimbau kenangan pabila ketemu dengan wajah2 yang telah lama tidak bersua muka. Secara keseluruhannya, aku ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tu namun masih ada lagi bebrapa perkara yang bagi aku boleh diperbaiki di masa depan. Usaha murni macam ni harus diteruskan dan moga di masa mendatang akan lebih ramai 'sirih' yang akan pulang untuk menabur bakti pada sekolah tercinta ini.



hanya video ni yang dapat dipaparkan kerana terlupa membawa kamera.