Khamis, 28 Ogos 2008

Ini ala satu belita baek punye.....

Kementerian Akan Mulakan Segera Program Sukan Untuk Memenangi Emas Di Olimpik London 2012

MELAKA, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan segera program sukan ke arah sasaran memperoleh sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Menteri berkenaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata antara sukan yang diberi keutamaan bagi merealisasikan hasrat negara itu ialah badminton, memanah dan berbasikal.