Isnin, 29 September 2008

Jodoh



Ya Allah,

Kalau dia memang jodohku, dekatkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah...

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain diriku...

Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biarkanlah dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan pada saat dia tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
Maka tolong putuskanlah.
Jodohkan dia denganku...

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biarlah orang itu ketemu jodoh dengan yang lain,
Dan jodohkanlah kembali dia denganku...

Terima kasih ya Allah...

Aminn..

aku jumpa doa ni kat secara x sengaja...
saje aku post kat sini..huhuhuhu

Minal Aidil Wal Faiizin

salam aidilfitri aku ucapkan kepada semua rakan, sahabat dan teman-teman.
jua buat insan tersayang dan insan yang pernah disayang.
dan pada semua pengunjung laman ini.
~~maaf zahir dan batin~~





Khamis, 25 September 2008

Lambaian Aidilfitri

Jamal Abdillah & Saleem

Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman

Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara

Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa

Aidilfitri
Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan
Bersyukurlah kepada Illahi

Ku terharu
Merindukan gurauan
Lambaian di desa
Ayah bonda sanak dan saudara

Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa

Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu

Buka puasa E-cenit

semalam, aku join geng ecenit yang lain berbuka puasa kat restoran pick n brew kat one utama. komen aku pasal restoran ni hiasan dalaman dia mmg cantik n masakan pun sedap. kira berbaloi la gak ngan rm38++ sorg...kepakaran restoran ni adalah memasak tanpa menggunakan msg...n menu untuk berbuka puasa yg disediakan semalam pun memang kena pada selera...makan secara bufet so melantak la sebanyak mane yg korg nak...huhuhu...jgn smpi lupa nak maghrib dah le...wawawa...aku akan masukkn restoran ni dalam list aku...huhuhu... boleh dtg lagi taun depan kalo harga nya masih relevan... =)






Selasa, 23 September 2008

Zakat Fitrah







‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلاَةِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita, anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri). [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1503 (Kitab al-Zakat, Bab kewajipan sedekah fitrah)]

‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma menerangkan hikmah zakat fitrah sebagai:

فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1609 (Kitab al-Zakat, Bab zakat fitrah)]

Alhamdulillah....semalam dapat juga melunaskan zakat fitrah buat kali pertama dalam idup aku...sebelum ni ayah yang bayarkan...tp untuk tahun ni aku da dapat keluarkan sendiri...moga akan beroleh lebih keberkatan..

Isnin, 22 September 2008

Talipon bimbit....

ari ni agak mengantuk...padan muka aku...sape suruh gatal sgt nk nengok bolo smlm...seb baik real madrid menang...huhuhu...kalo x sia2 je... ari jumaat ari2 xjd ke cyberjaya... demo kpd mdec dibatalkan pada saat2 akhir atas permintaan mdec sendiri...buek ponat yo kitorg duk setup opis kat sana mgu lepas...alih2 xjd plak... jumaat gak ada satu lg musibah yg menimpa, henset aku yg selama ni xpnah nak buat hal tetiba xbole nak on lepas aje solat jumaat ari2...aku mmg biase off henset mase solat jumaat...tp kali ni bila nak on blik xde respon dr henset tu...puas ku picit dan ku tekan, xgak menyala skrin lcd nye...smpi opis bila aku try cucuk charger pun same je respon nye..pasif..














ptg jumaat tu ada majlis berbuka puasa opis aku di Bukit Kiara Equestrian Resort...mmg sodap la melantak...huhuhu...lupe sekejap akan henset aku yg meragam tu...yang aku ingat mase tu nak melahap daging n kambing bakar je...lepas kenyang n solat, aku terus bertolak balik ke umah tp sempat gak singgah kedai henset untuk hntr henset aku tu...esoknye, erin bg pinjam henset kawan dia yang kawan dia bg pinjam mase henset erin rosak dulu...walaupun xberape suka ngan henset ni, tp pakai la gak...sekurang2nya bole la nak mesej n call...henset aku tu plak xtau lg biler nak siap n berapa kos nye nanti tp yang pasti duit akan melayang lagi...harap2 jgn la mahal sgt...duit den da koring ni...kalo mahal sangat, mmg aku tangguh amik sampai dapat gaji bulan ni...huhuhu...silap2 aku beli henset baru je...wahahahaha

pesanan penaja : aku syg kat henset aku ni sbnrnye coz henset ni adiah besday dr bby aku dulu...

Khamis, 18 September 2008

Sakit kepala...

aiiii....sakit kepala ini hari...mungkin kerana makan terlalu banyak kambing semalam...mgu ni agak busy dengan preparation untk presentation kat opis cyberjaya sok...tp sempat gak la aku teman erin g jalan2 kat jalan TAR malam selasa tu n semalam dapat berbuka ngan dia sekali (bersama dua lg individu yg terpaksa dirahsiakan...hehehe) kitorg berempat gi makan kat chop n steak kg baru dalam misi aku yg erin panggil misi "penjodoh bilangan"....huhuhu...apa maksud misi "penjodoh bilangan" ni biar kitorg berempat je la yg tau...yg penting aku da jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat...yg lain terserah la kepada empunya2 badan yg terlibat....

esok kena g cyberjaya untk presentation ngan mdec...menambahkn sakit kepala aku nak memikirkan nk g sana cm mana sok...kalo naik moto, harap2 xujan la...memikirkan pasal cyberjaya ni membuatkan keinginan aku nak beli keta semakin tinggi...huhuhu...(alasan....) tambah2 lg bile dgr citer dr koon pasal bapak shamsul ghau ghau nak tolak keta honda civic dia...wah...kena cepat mmbuat keputusan ni...huhuhu....tp jpj kat umah tu bg ke aku kelulusan nak beli keta??? hurmmmmm....lg satu masalah...aiii......

Selasa, 16 September 2008

Langit Biru

Langit biru
tak selalu cerah
terkadang ia mendung

Langit biru
bukan terus panas hingga petang
terkadang hujan di tengah hari

doa dan harapan
agar mendung dan hujan
cepat berlalu
supaya langit biru
kembali senyum
dan temani aku

Khamis, 11 September 2008

Khabar dari angin

awal minggu ni satu kahabar angin telah bertiup kencang kat opis aku...kitorg maybe kene pindah ke cyberjaya!!!! oh...tidak....reput la enjin moto aku nanti nak memacu dari pandan indah ke cyberjaya tu...bukan satu eds yg kene pindah tp cuma ecenit je...ye, ecenit je...makne nye 3 org je la yg akan pindah...hampeh tul...dan khabar angin itu bagai kan satu realiti apabila aku dapat emel dr hr dept yg isi kandungannya adalah gmbr2 opis baru kat cyber nanti...



Setahun berkasih


setahun telah kita jalani
bersama kita harungi
suka dan duka
kita tempuhi
moga terus kekal
hingga nafas terhenti

terima kasih
kasih
atas kesetiaan
terima kasih
tuhan
atas kurniaan

yg tak terhingga

Terus berjuang

Pemanah Negara Cemerlang Tewaskan Lawan Di Pusingan Penyingkiran

Daripada Farhanah Azmi

BEIJING, 10 Sept (Bernama) -- Dua pemanah paralimpik negara, Mohd Salam Sidik dan Zulkifli Mat Zin hari ini berjaya melepasi pusingan penyingkiran pertama untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.

Pada saingan pusingan penyingkiran pertama, Mohd Salam yang berada pada ranking kelapan menewaskan Antonio Lisotta dari Itali 97-90, manakala Zulkifli (ranking ke-12) pula menewaskan Miroslav Kacina dari Slovakia 96-83.

"Prestasi mereka boleh dibanggakan juga walaupun agak gugup sedikit pada peringkat awal tapi mendapat semula rentak untuk bermain dengan baik.

"Saya berharap mereka dapat mengawal tekanan pada pusingan penyingkiran kedua kerana jika mereka mengatasi halangan itu, peluang kita untuk meraih pingat adalah cerah," kata jurulatih Johari Abu Bakar kepada Bernama.

Esok, Mohd Salam akan menentang pemain ranking kesembilan dari Korea Selatan, Jung Yong-joo. Terdahulu, Jung menewaskan Jose Manuel Marin dari Sepanyol 102-88.

Zulkifli pula akan menentang pemain tuan rumah, Cheng Changjie yang menduduki ranking kelima. Cheng menewaskan Janusz Bulyk dari Poland 104-88 untuk mara ke pusingan penyingkiran kedua.

-- BERNAMA

sempat jugak aku jumpa ngan en.Johari sblm team paralimpik ni berangkat gi beijing...jumpa secara x sengaja time jalan2 kat bazar malam danau kota...aku g ngan erin...en.Jo yg tegur aku dulu, aku xperasan dia lalu blkg mase tu, yg aku sedar org blkg aku ni duk ulang2 cakap.."yelah, buat kenduri xajak, kahwin senyap2.." mula2 aku buat xtau je tp biler 2-3 dier ulang, tergerak la ati aku nk pandang blkg...terkejut besar aku tgk dia yg duk blkg aku...sempat la gak borak2 n tanye tntg persiapan abg zul ngan salam nk ke beijing....sblm berpisah, dia just mintak doakan kejayaan dorg masa kat beijing...esoknye, terserempak lg ngan dia kat depan kedai ayahanda mejar baharudin...tp nmpk dr dlm keta je...aku just hon n angkat tangan....


Rabu, 10 September 2008

Rindu

yg berlaku pasti berlalu
berlalu terus berlalu
tinggalkan
rindu...

Selasa, 9 September 2008

Stesen Kerja Baru...

yearghhhh....baru sahaje siap set up workstation baru...mmg puas ati...


mase aku tgh setup workstation aku td, aku telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon dr kakak aku...katanya adik aku pengsan kat UTP, sbb musabab masih blum dikenal pasti...akak aku suruh teman mak aku yg nak ke tronoh sorg2...tp last2 bapak aku yg gi sorg2...smpi aku menulis ni masih xde brite pasal adik aku...aku harap adik aku selamat...

Isnin, 8 September 2008

cerita pening, berbuka dan kasut....

arini agak malas mahu mengarang...kepala ade sedikit pening...punca gagal dikesan....erin suruh aku amik mc je tp aku xnk...bkn sbb rajin, tp alang2 da smpi opis, baik abiskan satu ari...kalo amik mc 1/2 day pun, aku agak malas nak merempit tgh2ari buta ni...arini mmg agak xbest sket, selain kesihatan yang kurang memberangsangkan, punch card aku pg td pun merah gak..first time woo...sume sbb tayar moto pancit...padahal aku baru je tukar tayar baru mgu lepas...tp dah nasib nak buat cm mane kan?? pastu kat pandan indah tu xde plak kedai moto yg bukak pagi2...mmg saje je nak aku merasa tgk dakwat merah kat punch card aku tu...aiiii...

sabtu lepas plan nak kuar ngan erin...tp last minit cancel coz dier xdapat cuti...sian dia...so, aku pun lepak umah je la...mula2 plan gak nk kuar sorg tp panas yang kusangka ke ptg, rupa2nya hujan di tengahari...aku pun malas la nak kuar hujan2 tu...menu berbuka puasa yg mak aku nak masak aritu adalah mee kari + buah melaka...mee kari mmg fevret aku...huhuhu...memandangkan mak aku telah mengajak abg fauzi ngan kak heed berbuka skali, timbul kerisauan akan tidak cukupnya makanan berbuka nanti...kerana itu aku telah mengoferkan diri untuk membelanja KFC (almaklumlah...1st gaji..)....itu pun setelah abg aku gagal mencari kedai ayamas untuk beli ayam panggang...berbekalkan duit rm50 aku pun pergi la ke KFC pandan indah tu dan terus mengorder satu bucket ayam spice crunch (aku rasa same je rasa dier ngan hot n spicy biase tu) untuk di take away...selesai berurusniaga aku pun pulang ke rumah...smpi kat umah aku tgk da berlambak makanan kat atas meja...abg aku pi borong makanan kat bazar ramadan dpn umah tu ngan kak heed, yg kak yami ngan abg fauzi pun blik bawak 3 bungkus bubur lambuk kg baru....sudahnye, da macam buat open house plak kat umah aku...

ari ahad aku mmg da nekad nak buka ngan erin....sblm aku gi jemput dia dr midvalley, aku gi serdang dengan hajat nak membeli kasut yg telah lama aku idam2kan...berkenan kat kasut tu mase aku ngan c.maslan teman c.yamani beli kasut...mase tu aku xde duit, so tgk ajela...bila da dpt gaji ni mmg aku target nak beli kasut tu...tpi sesampai je aku kat kedai tu (kilang kasut sbnrnya...dkt2 ngan UPM) kasut yg aku nak tu da xde...tauke tu cakap design lme sume da xde...dier da kuar design baru...masuk angin keluar asap aku....lepas amik erin aku bawak dia makan kat Jalan TAR..ade kedai fevret kitorg kat situ...sblm mkn, aku ajak dia round pertama kompleks tgk2 kasut..mane tau kut2 ade yg berkenan kan...walaupun xde yg aku btul2 berkenan tp last2 aku beli gak sepasang bila mengenangkan kasut sedia ada yg da terlalu uzur(aku da pakai kasut ni 3 tahun lebih da, bapak aku beli sblm aku masuk UKM, da merasa g beijing, jakarta da kasut tu...berjasa btul..)...seb baik kasut yg erin pilih tu x mahal sgt...bg aku harga xkesah sgt yg penting selesa dan xmenyakitkan kaki bila dipakai...maka dapat lah aku g keje pakai kasut baru arini...

Jumaat, 5 September 2008

Ilham di matamu

Di waktu rinduku mengemis
Secebis ehsan
Airmataku yang bergenang
Kau biar jatuh

Berlinangan
Tanpa kau cuba memujukku

Tergamak lihat ku tersungkur
Menggamit hampa
Sisa hari ku sarat mendung
Menanti hujan

Bertahun lama
Aku pun derita sendiri
Bertingkah sedih dengan sepi
Ada mungkin takdirku begini

Akhirnya Tuhan
Berikan jawapan yang murni
Bukannya aku yang berdosa
Dambakan cinta suci

Sebaliknya kau buta hati
Tak nampak kasih yang kau cari

Diri ini
Menangis di depan matamu

Mengejar Dateline...

ye...sedang mengejar dateline jd tiada mase untuk mengarang post...

Khamis, 4 September 2008

Geng Bas Sekolah

hmmm....arini mmg xtau nak nulis pasal ape...xde pe yg menarik pun yg berlaku dalam idup aku smlm melainkan gaji aku da clear (akhirnya....bole la sopin raye...wawawa) n aku marah budak2 kat masjid semalam coz main tenggelamkan gayung dalam kolah masjid....sbb pe aku marah? sbb mase aku kecik2 dulu aku pun kena marah gak pasal main cm2...tp aku dulu kena marah kat surau je...maser tu pandan indah ni xdop mesjid lg, kolah dier pun idok le besor....kocik yo...bukan cm kolah kat masjid skrg ni, da macam swimming pool da aku tgk siap ngan air terjun nye lg...huhu...

hurm..biler da keje ni, mmg rindu btul ngan zaman belaja dulu...mase sekolah rendah, aku pun ada geng bas sekolah gak...antara geng aku dulu yg mmg jd sidekick aku ialah qairul aznurin...pergh ingt lg aku name dia...dulu selalu je carik gaduh ngan budak2 pompuan, yg budak2 pompuan ni (aku xingt la name dorg tp kalo xsilap ader sorg nme shima) pun slalo je nak cr pasal ngan kitorg...aku dulu sekolah sume laki, seblh sekolah kitorg skola pompuan(skola2 ini terletak di jalan perwira,KL) mmg musuh ketat dua2 skola ni..huhuhu...bas sekolah aku plak adelah bus yg paling unik...seingat aku smpi sekarang aku xpnah jumpa lg bus skola cmtu...driver dia kitorg panggil pakcik razak...bukan aje bentuk bas ni unik, bas ni gak ade air-cond (zaman dulu..payah nak cri bas ade aircond), pastu siap ade karoake lg....huhu...tp yg plg unik adalah bunyi hon dier...tp geng bas skolah aku ni smpi darjah 5 je...masuk darjah 6 aku da termakan ngan hasutan dan pujuk rayu member2 aku untuk g skola nek basikal...huhuhu...
agak2 kalo jumpa blik geng bas skola ni dorg kenal x aku??? aku pun xingt da muka dorg cmne...

Rabu, 3 September 2008

Kisah Seekor Rimau

arini xberapa ade mood nak menulis....kepala agak sakit...rase macam kuman2 selsema mula nak membiak dalam idung aku ni...tghari ni maybe aku gi menara maybank untuk bukak akaun n clearkan cek gaji aku yg xclear2 lg tu...satu perkara yg aku xpaham ngan maybank ni nape la susah sngt nak bg customer bukak akaun...konpius aku..lain la org nak tutup akaun... actually smlm aku da pegi da bank rimau yg ade sebalah opis aku ni dengan cita2 dapat la membuka akaun dan masukkn duit gaji aku...tp xdapat coz alamat umah aku kat KL, so kena pegi branch KL bru boleh buka akuan...apa ke bodoh benor rimau sekor ni....kalo x sbb opis aku ni mintak ada akaun maybank, x hingin aku bukak..nyusahkan btul...seingt aku dulu aku bukak akaun Bank Islam dulu pun xla leceh cam ni...mmg sengaja mencabar kesabaran aku dalam bulan ramadan almubarak ni...akaun KWSP pun xbuat lg ni...arghhh, bila plak la nak gi KWSP bukak akaun....yg pasti kena setel kn gak sblm aku kena denda sebb x mncarum....mcm2 hal la....

Selasa, 2 September 2008

ambang merdeka, awal ramadhan...



ye...arini masuk keje ari selasa coz smlm cuti merdeka...bagi negeri2 yg amik cuti 1 ramadhan kalo xsilap aku arini pun cuti gak...malam merdeka ari2 macam yg da dirancang aku g celebrate kat UKM....ok la gak walaupun sambutan nye xsemeriah taun lepas...kehadiran tetamu pun agak kurang mungkin sebb taun ni xde artis yg datang cam taun lepas...ari ahad aku teman erin hntar adik dia amy ngan kwn dia piqa balik raub...dorg dtg ari sabtu n tdo umah erin malm merdeka tu..saje nak jalan2 katenye....seb baik plan aku ngan erin xterganggu...hehehehehe...

cepat sungguh mase berlalu...sedar x sedar da masuk ramadan balik da...macam biase bila tiba bulan ramadan area umah aku akan jadi tumpuan warga sekitar pandan indah dan segala pandan2 yg berdekatan....setiap ptg akan berlakulah kesesakan lalu lintas di depan umah kerana orang ramai berpusu2 membeli juadah berbuka puasa kt bazar ramadan depan umah aku tu...smlm smpt gak aku ngan abg aku layan bazar tu seround dua...tp disebabkan teramat ramai nyer org, kitorg cuma berjaya beli popiah je dua bungkus coz malas nak beratur dan berebut2...

masih segar dalam ingatan kenangan berpuasa di bursa malaysia taun lepas...mmg meriah...masuk je bulan puasa taun lepas, aku ngan intan da mula berhempas pulas membuat persiapan untuk rumah terbuka opis kitorg....dari start puasa smpi la raya, mmg tu jer keje kitorg...huhuhu...hasilnye?? mmg puas ati...rase rindu plak nk melawat warga2 MSD tu...ntah apa plak la tema paksu untuk open house taun ni ek....

taun ni pose kat EDS plak...masih blum pasti sejauh mana meriah nye....bukak pose kat mane ari ni pun aku xtau lagi...kalo sempat kat umah, alhamdulillah lah...tp kalo x smpt, terpaksa aku memikrkan plan lain...huhu...kalo bukak pose ngan erin pun best gak ni...hehehehe...papepun Selamat Berpuasa...Terawikh jgn buat lupe plak....